CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, February 1

dinner CNY

Semalam,bertempat di hotel tiara,persatuan DSC telah mengadakan dinner bagi meraikan CNY dan sambutan mahasiswa 08.

Majlis yg ringkas itu,nampaknya cukup meriah dengan kehadiran rakan-rakan warga Indonesia. Presiden PMUSU,wakil PEMA dan rakan-rakan FK turut memeriahkan majlis itu. 8 course meal yang disediakan rata-rata mendapat komentar yang sama iaitu "Sedap", "Worth it lah", "Udang dia best". Persembahan dari pelajar-pelajar juga menghiburkan. Ternyata mahasiswa dentistry di sini, tidak hanya dapat menjadi mahasiswa yang cemerlang tetapi juga dapat menjadi seorang penghibur yang berjaya.

Gameshows menjadi bukti bahawa mahasiswa FKG cukup sporting dalam menjayakannya.Banyak game melibatkan pasangan.Apa lagi,heboh lah jadinya.Senior junior menjerit bagai nak rak apabila diminta mencadangkan nama-nama pasangan yang akan menjayakan game.Pendek kata,rugi siapa yang tak datang. =)

p/s: siapa yang ada gambar-gambar dinner malam tadi,silalah mengemailkan kepada kami di dsc.medan@gmail.com. Cadangan,komentar dan pengalaman juga dialu-alukan.

Sekian,

-us-

1 lookers:

queue said...

mantapp!!!!
go sree pathy!!
ahaha...